Sunday, October 10, 2010

PENCEMARAN DI SABAH


Masalah pencemaran alam sekitar merupakan salah satu isu utama di Malaysia termasuklah di negeri Sabah. Di negeri Sabah antara jenis pencemaran yang menjadi isu utama adalah pencemaran sungai. Ini adalah akibat perbuatan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab di mana sisa buangan idustri dan sampah-sarap dibuang ke dalam sungai. Selain daripada itu, aktiviti pembalakan juga merupakan antara penyebab pencemaran sungai di Sabah. Antara sungai-sungai yang telah tercemar adalah Sungai Moyog, Sungai Kinabatangan, Sungai Kalabakan, Sungai Inanam dan lain-lain.Walaubagaimanapun pihak kerajaan negeri sedar akan keadaan tersebut dan kini sedang berusaha untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar di negeri ini.

Pencemaran udara di negeri ini pula berpunca daripada pelepasan asap kenderaan dan juga pembakaran secara terbuka yang tidak dikawal.


Alam sekitar yang sihat adalah faktor utama ke arah kesejahteraan hidup. Dunia yang didiami oleh kita kini nyata semakin tercemar. Pencemaran ini, akan boleh membawa kesan negatif kepada kesihatan kita di samping ketidakseimbangan bumi di masa depan.

Pertambahan aktiviti perindustrian sememangnya membawa pembangunan dan kemakmuran kepada negara. Namun, pembangunan yang kurang terancang memberi beberapa kesan sampingan terhadap persekitaran. Ini disebabkan pembangunan yang dijalankan tidak disertakan dengam pemeliharaan alam sekitar.

Pencemaran alam sekitar merupakan masalah global yang dihadapi oleh semua negara di dunia. Hampir semua negara menjadikan pencemaran alam sekitar sebagai isu utama.

Pencemaran alam sekitar bermaksud perubahan secara biologi, fizik dan kimia terhadap alam sekitar. Terdapat beberapa jenis pencemaran dan antaranya pencemaran udara, bunyi, air dan tanah. Pencemaran ini mempunyai pelbagai punca sehingga menyebabkan kawasan persekitaran tercemar.

Thursday, October 7, 2010

KEADAAN BANJIR SEKITAR POLITEKNIK KOTA KINABALU






Banjir yang sering terjadi di sekitar kawasan Politeknik Kota Kinabalu, merupakan salah satu bencana alam yang sering terjadi akan pencemaran dan kelalaian pihak pemaju hartanah yang terlibat dalam membina fasiliti yang menjangkaui 1.7 km Kawasan Sepanggar ini.

Amat mendukacitakan apabila Politeknik Kota Kinabalu yang merupakan tempat untuk para mahasiwa/i nya untuk meningkatkan kefahaman mengenai ilmu kejuruteraan, perdagangan dan hospitaliti ini dicemari dengan bala yang berpunca daripada kelalaian pemaju projek.

Tambah menyedihkan, apabila hal ini diajukan kepada pihak kontraktor yang terbabit, mereka tidak pula mengakui kesilapan, malahan menuding jari kepada pihak kerajaan, untuk menyelamatkan diri. Dengan alasan, projek yang mereka bina ini diseliakan penuh oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) ini telah berjaya mendapat kelulusan dan kebenaran untuk menyiapkan setiap proses kerja-kerja pembinaan yang djadualkan.