BlogMasters

Penyelia: Encik Ahmad Mujahid Bin Hamzah

Ahli Kumpulan:

Mohd Iskhandar Bin Mohd Yassin
(07DKA07F2041 - DKA6A Sesi Julai 2010)

Sheikh Firdauz Bin Ismail
(07PKA09F2025  - DKA6B Sesi Julai 2010)

Mohd Afiq Bin Azman
(07DKA07F036   - DKA6A Sesi Julai 2010)
 
Pg Mohd Khalis Bin Pg Ramlee
(07DKA07F2019 - DKA6A Sesi Julai 2010)

            Laman sesawang Blogger merupakan teras kepada kajian projek ini. Segala prosedur dan rujukan yang diperlukan bagi tujuan pembelajaran adalah berpandukan pada tutorial yang terdapat dalam laman sesawang lain. Blogger ataupun secara ringkasnya blogspot, amat mendapat perhatian pada masa kini, kerana keupayaannya memaparkan apa sahaja yang dikehendaki oleh pemilik blog tersebut.

            Blogspot merupakan salah satu laman sesawang yang sangat terkemuka pada masa kini, selepas berusia hampir sebelas tahun, blogger kini telah banyak memberikan jasa kepada ramai pengguna dalam menyebarkan pemikiran dan aktiviti yang dijalankan oleh setiap pemilik blog, untuk dijadikan sebagai bahan publisiti, yang dapat menarik minat orang lain untuk sama- sama memeriahkan sesuatu aktiviti tersebut.