Thursday, August 26, 2010

KESAN- KESAN PENCEMARAN KEPADA ALAM SEKITAR

'kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita, tetapi sebaliknya kita hanya meminjamnya daripada anak cucu kita.......”. Begitulah sebahagian terjemahan kata-kata Chief Seattle sebagai bahan rujukan oleh penceramah dan aktivis alam sekitar di seluruh dunia tentang pentingnya menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungjawab setiap penduduk dalam sesebuah negara supaya tidak merosakkan alam sekitar ini dengan sewenang-wenangnya dalam apa jua cara untuk mengelakkan kesan buruk kepada generasi yang akan datang.

Apa dia pencemaran?

Apa2 perubahan langsung atau tidak lansung kepada sifat2 fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif mana2 bhgn alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan2 hingga menjejaskan apa2 kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu keadaan yg berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau kepada binatang, burung, hidupan2 liar, hidupan akuatik atau tumbuhan2.

Masalah pencemaran air, tanah dan udara sentiasa menghantui manusia tetapi ada antaranya yang hanya memejam sebelah mata. Antara punca penyebab pencemaran adalah daripada kegiatan perindustrian. Pencemaran yang dilakukan oleh aktiviti industri dapat dibahagikan kepada 4 jenis:-

a) Pencemaran kepada udara

b) Pencemaran kepada air

c) Pencemaran kepada tanih

0 comments:

Post a Comment